Saturday, August 2, 2014

Bab 3

Latar belakang keluarga si isteri ini adalah daripada keluarga yang susah dan bermasalah. Bapa beliau dulu merupakan seorang penagih dadah tetapi sejarah hitam itu berulang kembali apabila abang sulong beliau sendiri seorang penagih dadah dan ditambah pula kakak kedua beliau terpaksa dikahwinkan dengan lelaki yang telan membuntingkannya dan lelaki itu juga seorang penagih dadah bahkan juga pengedar dadah. Masalah itu tidak berhenti disitu sahaja kerana setelah beberapa tahun usia perkahwinan beliau, bapa beliau terpaksa melarikan diri kerana pemungut hutang 'Along' telah mencarinya kerana kes hutang. Hal ini lagi menjadikan kehidupan keluarga beliau porak peranda. Dicampur dengan masalah adik-beradik perempuan beliau yang telah memecah amanah iaitu mengambil wang perniagaan ketika menjadi juruwang di sebuah pusat membeli belah. 

Harapan cerah bagi keluarga si isteri ini hanya bergantung pada adik perempuan bongsunya kerana hanya adiknya mempunyai kepintaran dalam pembelajaran serta mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Adiknya yang memilih untuk seolah di Sekolah Convent iaitu terletak dibandar. Impian adiknya menjadi kenyataan apabila ada sepasang suami isteri yang duduk di bandar ingin mengambil adiknya sebagai anak angkat dan ingin menjaga adiknya. Harapan yang menggunung itu berkecai apabila adiknya mengalamai masalah dirumah ibu bapa angkatnya dibandar, Masalah yang dialami itu apabila anak perempuan kepada pasangan tersebut mencemburui bila anak angkat ibu bapanya lebih berjaya dan lebih mendapat perhatian. Akhirnya adik bongsu si isteri mengambil keputusan untuk keluar daripada rumah ibu bapa angkatnya dan beliau kembali duduk dengan keluarganya di kampung. 



Friday, August 1, 2014


Bab 2

Perkahwinan pasangan suami isteri ini telah mencecah 13 tahun. Perkahwinan ini dibina atas dasar cinta dan terlalu awal bagi si isteri kerana pada ketika itu si isteri baru menamatkan alam persekolahan menengah beliau iaitu usianya baru 18 tahu. Secara normalnya itu terlalu awal bagi seorang perempuan untuk bergelar seorang isteri dan memikul tanggungjawab yang amat besar. Yang menjadi kemusyikilan adalah si isteri telah mengetahui lebih awal lagi mengenai lelaki yang dikahwininya itu memang seorang penagih dadah tetapi beliau masih ingin meneruskan perkahwinan itu dan terus mencintai pasangannya itu. Hal ini membuat aku terfikir sejenak adakah seorang perempuan yang normal sanggup menggadai masa depan beliau yang mungkin akan musnah kerana lelaki yang bakal dikahwininya itu adalah seorang penagih dadah yang tegar?.
Apabila si isterinya ini ditanya oleh kakak sulong kepada suaminya itu..

Kakak si suami : Kenapa engkau masih ingin mengahwini adik aku sedangkan engkau tahu bahawa adik aku seorang penagih dadah?

Si isteri             : Ayah saya dahulu juga seorang penagih ddah tapi selepas bertahun mendirikan rumahtangga akhirnya ayah saya sudah berubah menjadi lebih baik dan sudah meninggalkan kegiatan itu. Saya yakin suami saya akan berubah selepas ini.

Ini sememangnya membuat aku tertanya mengapa si isteri tersebut sanggup mengambil risiko sebesar walhal dia boleh mencari lelaki yang lebih baik daripada seorang penagih dadah dijadikan sebagai suami. Sudah sedia maklum bahawa seorang penagih dadah memang kadang kala dia tidak dapat untuk berfikir dengan waras dan tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan sempurna kerana si suami tiada pekerjaan tetap. Aku seorang perempuan dan sudah pasti aku ingin mencari lelaki yang betul-betul layak iaitu daripada segi pekerjaannya, agamanya, dan sikap tanggungjawabnya kerana dalam alam perkahwinan memang memerlukan komitmen yang sangat tinggi bagi pasangan suami isteri dalam memastikan perkahwinan mereka bahagia. Adakah si isteri mengahwini lelaki itu kerana keluarganya lagi bermasalah ataupun kerana duit yang ingin hidup lebih selesa?  



Thursday, July 31, 2014

Kisah Kehidupan Seorang Penagih Dadah


Bab 1
Tidak semua orang mempunyai nasib yang sama dan baik, ada yang serba kekurangan tetapi itu semua ketentuan Allah. Ada hikmah disebalik ketentuan-Nya itu.
 -----------------------------------------------------------------------------------------------
Malam semalam memang aku menyaksikan sendiri pergaduhan antara suami isteri yang telah bertahun lamanya mendirikan rumahtangga. Masalah yang dihadapi mereka adalah dari segi kewangan, komitmen sebagai seorang suami dan isteri, didikan yang diberikan oleh ibubapa kepada anak-anak mereka, sifat menghormati serta tanggungjawab. 

Si suami merupaka seorang penagih dadah yang tegar namun, beliau bukan mengambil suntikan dadah tetapi beliau mengambil dadah itu dari segi bentuk pil-pil. Walaupun beliau begitu, beliau tidak lupa tanggungjawab beliau terhadap 4 orang anaknya. Beliau masih mengambil berat dengan menyediakan tempat tinggal yang cukup selesa, dan kenderaan. Pasangan suami isteri ini tinggal di rumah ibu si suami ini. Ibu si suami snagat menyayangi cucu-cucu dan anak-anaknya. Ibunya memberikan duit yang secukupnya untuk perbelanjaan mereka sekeluarga sehingga duit perbelanjaan rumah ditanggungnya. Dia menyedari anal lelaki bongsunya itu penagih dadah dan dia selalu memohon kepada Illahi iaitu sebelum Allah menarik nyawanya, biarlah anak lelakinya itu berubah menjadi lebih baik. Walaupun anak lelakinya penagih dadah, tidak ekali pon anaknya itu menderhakai ibunya. Tapi membuatkan aku semakin tidak faham, kenapa si isteri tidak mensyukuri dengan semua itu. 

Isterinya bekerja sebagai pembantu yadika dan seperti sedia maklum sudah tentu awal pagi sudah pergi bekerja. Segala urusan mengemas diselesaikan oleh ibu mertuanya, padahal ibu mertuanya itu berumur dalam lingkungan 70-an dan mempunyai masalah kesihatan. Tidak sedikit langsung rasa kasihan ke si isteri itu terhadap ibu mertuanya?? Kenapa aku berkata demikian??? Sebab dengab mata aku sendiri melihat ibu yang berusia itu berhempas pulas dengan kudratnya yang mungkin tinggal sisa-sisa itu dengan membasuh pinggan yang memenuhi sinki di dapur dan mengemas rumah. 

*
Sepanjang hidup aku, emak aku bangun seawal 5 pagi untuk mengemas rumah dan membasuh baju serta menjemur pakaian sebelum beliau pergi ke sekolah yang bertugas sebagai seorang guru. 
*

Kenapa menantu ibu yang berusia itu tidak mampu berbuat demikian padahal umurnya baru mencecah 30-an.
Aku rasa itu cukup kejam!!

---------------------------------------------------------------------------------------------------
bersambung....[kisah benar]




Tuesday, July 22, 2014

K A S I H Ku

Terima Kasih awak atas perkenalan kita.
Terima Kasih sebab menjadikan saya lebih matang yang kadang2 awak pon lupa saya ni lebih muda 2 tahun daripada awak.
Terima Kasih sebab sentiasa ada dengan saya tak kira susah dan senang.
Yang paling penting ...Terima Kasih awak sebab terima saya seadanya. Sebab saya tak secantik perempuan yang lain, saya xsebaik perempuan lain dan saya tak sepandai perempuan lain...

Saya bersyukur dapat kenal seorang lelaki seperti awak Muhammad Nizam bin Zainal Abidin.

Saya harap hubungan kita ini diberkati serta kekal hingga ke jannah.

Misspinky

Memang peberet kaler daripada dulu sampai sekarang suka warna pink! Hahha.
Mula-mula aku tak perasan yang aku ni suka warna pink. Roommates aku masa kat matrik yang tegur aku...
Dia ::"ehhh dyba memang suka warna pink ek? "
Aku :: "iyeke?"
Dia :: " iyela sebab hp dyba warna pink, baju semua banyak warna pink."

Bila aku tengok dan perati ha a laaaaa! Hahhaha. Thanks awak sebab tegur saya kalau tidak sampai bila saya tak perasan yang saya suka warna pink. Bhahhaha

Friday, July 18, 2014

Kawan vs Sahabat

Assalamualaikum

Di bulan puasa yang mulia ini sepatutnya kita bermaafan dan memperbaiki kesilapan yang pernah kita lakukan. Aku disini bukan untuk membuka aib orang tetapi ingin meluahkan rasa terkilan apabila kita dengan ikhlas meminta maaf pada kawan kita dalam salah faham yang pernah berlaku sebelum ini. Tetapi ia dibalas dengan penipuan.

Salah faham yang berlaku aku rasa adalah tindakan yang betul bagi aku sebagai seorang kawan yang menegur kelakuan yang agak tidak elok apabila kawan perempuan kita keluar dengan lelaki lain (bukan tunangnya) waktu malam. Bukan sekali dua tetapi banyak kali. Memang mereka tak ada buat benda yang salah tapi keluar makan berdua, agak2 kalau tunang dia tahu macam mana?

Nasihat yang cuba aku sampaikan menjadikan dia marah dan tak boleh terima. Lepas kejadian itu dia block number aku.

Sebelum berapa bulan dia bakala melangsungkan perkhawinan dengan tunangnya..dia menjemput aku melalui undangan facebook. Tidak ada undangan dari mulut dia sendiri. Kecil hati itu adalah juga tapi aku anggap dia sibuk. Bila aku ingin mengucapkan selamat pengantin baru dan ingin meminta maaf segala kesalahan aku.. aku meseg facebook dia. Aku nyatakan bahawa aku ingin meseg number dia tapi tidak diterima oleh dia kerana disebabkan oleh dia telah block nombor aku. Benda ini jelas dibuktikan apabila di Whatsapp aku ..profile dia tak ada tetapi di Whatsapp kawan aku ada.

Dia langusng tidak mengaku kelakuan dia yang block nombor aku. Dia fikir aku menuduhnya. Tetapi bila aku jelaskan bukti yang ada..dia terus diam.

Kau sungguh kejam dan tak nak mengaku kesalahan sendiri. Aku doakan kau berubah daripada sikap penipu itu. Tak guna penampilan alah muslimah tetapi hati busuk macam longkang dan mulut penuh penipuan.

I hate your attitude!

Thursday, February 6, 2014

DoMiNos

Assalamualaikum...

Alhamdulilah, bersyukur sangat dapat mak yang sporting dan suka berlanja anak-anak hehhe. Tenkui Mom!!
Sepanjang cuti sem sebulan ni makan, tido aje keja nye. Membesarkan badan yang sedia ada ni. hahah. Sebenarnya Dominos baru ada dibuka di Muar ni hahha nobe!! Oke tak apa..yang penting sekarang ada kan..kan..kan.. kih3. Mak yang tercinta belanja anak-anak nya makan dominos hari ini wow!!! pergi je dominos dalam pukul 6+ p.m, mak ai!!! ramai nya orang!. tengok Pizza HUt hahhaha sorang dua je ada.. Urmmm Sambutan luar biasa kat dominos heee. Tahniah!!

Beratur punya lama, menunggu nama ' DEEBA' dipanggil untuk ambil pizza 'TAKEAWAY' pon punya lama!!!!  Boleh tengok mUka SIS yang diambil oleh adik sis:



Our Dinner Today: One Set Family(2 pizza, 4 drink)

First Pizza: 1st class Pizza bhahaha kena tambah rm5.00 daripada harga asal. Sebab apa? akk cashier tu kata sebab pizza ni 1st class!. Tapi pada sis "uurrmmm sama je macam pizza lain, apa 1st class nye???zzZZZ" haha.




Second Pizza: Ini chicken Pizza, tak ada sebarang penambahan harga. hahah sebab ini bukan 1st class pizza. *tangan atas bahu, mata keatas. hehhe



Third: Ini penambahan sendiri ahhaha teringin nak rasa "lasangna". Terberlit lidah nak sebut, dan sis tak pasti ejaan nya hahaha.




# Harga Yang sangat berpatutan iaitu RM64.75
# Warga Muo...lai2 makan hehehe..padahal kat melaka dah puas makan Dominos ehhe